-->
skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

Dunia Baru

Permulaan yang baru mencetus satu revolusi,jika kita lambat menyedarinya maka rugilah nikmat yang Allah kurniakan itu,jika kesedaran itu datang,maka jangan sesekali ditangguh.Jika Hidayah dariNya datang, jangan pula dilepaskan pergi begitu sahaja...

Labels

  • ApaApaSaja (1)
  • Ceritaku dan Mekah (9)
  • Ingatan (4)
Powered by Blogger.

Tak Malukah Kita??



setiap hari kita ketawa.
Setiap hari kita jumpa kawan.
Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.

Tapi..kenapa hati kita tak gembira?


Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan

Allah ada berfirman.
"Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?


Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat.
Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?



Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah.
Alangkah tidak malunya kita.
Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita.
Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah.
Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik.
Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita.


Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?



Cuba kita renung diri kita.


Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari?
Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja.
Berapa kali agaknya?


Itupun kalau ada sebut la..



Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..
solat taubat? Pernah?
Ada...waktu zaman sekolah dulu.
Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun.


Lepas tu...ada?


Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail.


Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik.
Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang.
Kita buat macam-macam.
Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu?
Hati kita tetap jugak tak tenang.


Kenapa ye?


Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas.
Mulut cakap ikhlas, hati kata lain.

Macam mana tu?


Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan.
Nakkan pujian.
Nakkan nama.
Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat.
Macam mana hati nak tenang?
Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada.
Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang.
Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.



Alangkah tidak malunya kita...,

Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni.
Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah.


Betapa Allah muliakan kejadian manusia.
Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita.
Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba.
Kita lupa kepada yang mencipta diri kita.
Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.


Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati!
Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita.


Tapi kita....?



Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda.


Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita.
Tundukkan lah diri kita pada Allah.
Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita
Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.



Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...




muhasabah la diri kita semula....




Terima kasih sudi baca celoteh saya.LIKE kalau dah baca

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Followers

Ada peSanan unTuk Saya??

CCTV DIATAS..AWAS!!



Assalamualaikum!!
 semue harap boleh LIKE PAGE NI..

TEKAN LIKE dibawah =)
Baru siap..hihihi...

Blog Archive

Popular Posts

  • GianT UmreLLa??
    Sambungan... Kembali lagi.. Alhamdulilah diberi kesempatan untuk menulis kembali.. Payung apa la ni kan?? eish2.. ni gambar...
  • Misteri BumBung iTu?
    kembali bersambung.... Assalamualaikum... haishh berehat sebentar menulis..tak sempat nak mengarang,banyak benda nak siapkan.. ...
  • Hotel Di MaDinah
    Permandangan dari tingkat atas dari hotel menghadap bandar Madinah.. (x clear sgt sebab ambik guna phone suka-suka je) Sambun...
  • Hidup Itu Indai Andai....
    Aku belajar diam dari banyaknya bicara. Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan. Aku belajar mengalah dari suatu keegoisan. ...
  • Bahagia itu....
    Kata Bijak  Pandai Hari Ini...... Bahagialah dengan apa yang engkau peroleh,  menerima apa adanya pemberian Alla...
  • PemBuka biCara
    Assalamualaikum pembuka bicara.. salam kasih dari saya.. insyallah blog saya kali ni akan berubah wajah sedikit.. blog yang d...
  • BuDak keCik dan Game "Free Fall Pou"
    haaa.. sambung lagi.... tengah tengah saya bosan tahap cipan  di pejabat imigresen tu..tetiba datang seorang budak laki..comel sang...

Siapa SaYa?

Cuba teka?
Hanya seorang pelajar Degree, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UiAM) dan seorang hamba Allah dimuka bumi..
Diberi kurniaan sedikit untuk menaip dan menaip apa yang dirasa,kalau salah sila perbetulkan..wsalam

InTai-InTai ea.. HEHE

 
Copyright © Dunia Baru. Website Designed by Central Scotland Joinery