C.I.N.T.A.
Aduh! Saya menjadi semakin bingung.
dulu penah jugak saya terpikir...kenapa orang ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?
Kenapa saya bingung akan hal ini? PERLU k?ye sudah menjadi tradisi apabila dilamun cinta maka had batasan nya menjadi longgar..MENGAPA? bagi saya cinta dan suka itu fitrah,tapi mestilah ada had batasan nya selagi belum berkahwin..
tidak boleh kah ianya sekadar cinta tapi masih menjaga batas-batas nya?
kalau cinta mesti call tiap-tiap hari ye?
mesti keluar bersama tiap-tiap masa ye?
mesti melaporkan semue benda pada pasagan ye?
Arghhhhh!bosan!
xde life..
Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet..
Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.
Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima..darjah empat pom ade...fuyoiiiii
Saya bingung. Memang terlalu muda untuk mereka seusia ini tuk memahami tentang perkara ini.
Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia sekolah rendah lagi...
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat!!!
panas!!!
Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.
Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.
Aduh! Saya menjadi semakin bingung.
Benarkah ini semua?
Erti couple, cinta dan perkahwinan
Kini setelah saya berusia dua puluh tiga tahun, saya semakin mengerti.
Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.
Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.
Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga tak dapat saya cari jawapannya.
Dalam Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.
Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan.
Apa tujuan cinta monyet?
Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang.
Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?
Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.
Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya. Tapi kadang-kadang diri ini juga turut terleka..entah la..Dunia2
Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.
Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.
Semakin dewasa saya semakin memahami
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab.
Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.
Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).
Perkahwinan yang memang bergelora.
Sesekali terasa takut pula memikirkannya.
di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah. Tulisan ini sekadar perkongsian.
Tahniah buat senior,sahabat mahupun junior yang selamat diijabkabulkan sepanjang cuti ini.
Tahniah dan selamat menempuh alam baru...
saya bila??
hmmm~tunggu lah jawabnya putera langit datang melamar.HAHAH
lambat-lambat terima orang lain lah..
haha..
0 comments:
Post a Comment